Lima 2009 merupakan edisi ke-10 siri Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi. Edisi LIMA 2009 menerima penyertaan yang menunjukkan peningkatan berbanding LIMA 2007 dari pempamer-pempamer industri aeroangkasa dan maritim dunia.
Sukhoi SU-30MKM menjadi tarikan utama pada LIMA 2009. SU-30MKM yang pertama kali dipamerkan pada LIMA 2007 dikendalikan oleh juruterbang TUDM sepanjang pertunjukan udara semasa LIMA 2009. 3 buah pesawat SU-30MKM dipamerkan sepanjang LIMA 2007. Pesawat yang menjadi tulang belakang TUDM itu mampu melakukan aksi-aksi yang tidak boleh dilakukan pesawat pejuang lain dengan bantuan enjin TVC.
Satu lagi tarikan utama pada LIMA 2009 adalah pasukan aerobatik Smokey Bandits dari TUDM. Smokey Bandits menggunakan pesawat MiG-29N untuk melakukan aksi-aksi aerobatik sepanjang LIMA 2009.
Pesawat pengebom era perang Vietnam, B-52 Stratocaster turut membuat penerbangan lintas dari pangkalan udara Guam untuk acara perasmian LIMA 2009.
Pesawat pejuang F-16C Block 52 dari pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) turut membuat penampilan sulung di LIMA 2009. 2 buah pesawat F-16C/D Block 52 dipamerkan dalam pameran statik & pertunjukan udara sepanjang LIMA 2009. Singapura turut mempamerkan helikopter penyerang Longbow Apache pada LIMA 2009.
Pesawat pengebom / serangan darat F-111 Advaark dari RAAF turut kembali pada LIMA 2009. Pesawat yang bakal digantikan oleh pesawat F/A-18 F Super Hornet itu kembali menjadi tarikan utama pada LIMA 2009 dengan aksi-aksi menarik seperti 'dump & burn' dll. 2 buah pesawat F-111 Advaark dipamerkan sepanjang LIMA 2009 dalam pameran statik & pertunjukan udara. LIMA 2009 merupakan pameran udara yang terakhir disertai oleh F-111 Advaark sebelum ditamatkan perkhidmatan.
TUDM menerima secara rasmi 8 buah pesawat latihan ringan LIFT Aermacchi MB-339CM dari firma Aermacchi semasa LIMA 2009. MB-339 CM juga terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2009.
Lain-lain pesawat yang menyertai LIMA 2009 adalah Bombardier CL-415 dari agensi Maritim Malaysia, helikopter Super Lynx, F/A-18D Hornet, F-5E dll.
Bagi segmen maritim, kapal selam pertama milik TLDM KD TAR membuat penampilan sulung pada LIMA 2009 di samping kapal pengangkut LST Dokdo dari Korea Selatan, kapal frigate dari Singapura dll.
No comments:
Post a Comment