Friday, 25 January 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) - LIMA 95

Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Maritime & Aerospace - LIMA) memasuki edisi ketiga menerusi LIMA 95. LIMA 95 merupakan antara salah satu pameran terbaik dalam siri Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA)). Kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang aeroangkasa dan maritim menjadikan pameran LIMA sebagai salah satu pameran yang wajib disertai oleh mereka.

Jumlah penyertaan dari pempamer juga semakin meningkat disebabkan prestij pameran LIMA yang setanding dengan lain-lain pameran udara & maritim terkemuka dunia seperti Paris Airshow, Farnborough Airshow, Dubai Airshow, Asian Aerospace dan lain-lain. Disamping itu peningkatan permintaan terhadap peralatan perang dari rantau Asia Pasifik menunjukkan peningkatan pada ketika itu.

Pada pameran LIMA 95, pasukan aerobatik terkemuka di dunia, Red Arrows kembali semula memeriahkan siri pertunjukan udara dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Pasukan yang melibatkan 9 buah pesawat Hawk itu tampil buat kali kedua dalam siri LIMA selepas LIMA 93.

Pada LIMA 95 juga menyaksikan pihak TUDM dengan rasminya telah menerima 18 buah pesawat MiG-29N dari pihak Rusia. Majlis rasmi penyerahan tersebut berlangsung semasa LIMA 1995 di mana pihak Rosboronexport & Mikoyan dengan rasminya menyerahkan 18 buah pesawat MiG-29N kepada pihak TUDM. Mikoyan pada waktu itu diwakili oleh ketua pereka (Chief Designer) MiG-29 Fulcrum, Rostislav Belyakov. Pada LIMA 95, pesawat MiG-29 yang baru dimiliki TUDM diterbangkan oleh Test Pilot Mikoyan sepanjang pertunjukan udara LIMA 95. Aksi-aksi memukau dan mendebarkan MiG-29 menjadi salah satu tarikan utama pada LIMA 95.

Pasukan aerobatik terkemuka dari Russia, Russian Knights kembali menyertai pameran udara LIMA 95 selepas menyertai LIMA 91 & LIMA 93. 5 buah pesawat SU-27 Flanker diterbangkan dari pangkalan udara Kubinka, Moscow ke Langkawi diiringi pesawat pengisi minyak Ilyushin IL-76. Pesawat SU-27 Flanker dari pasukan Russian Knights terbang merentasi Tashkent, New Delhi, Yangon sebelum tiba di Langkawi. Pasukan Russian Knights terlibat dalam pertunjukan udara yang melibatkan 4 pesawat sepanjang LIMA 95. Russian Knights menjadi salah satu tarikan utama sepanjang LIMA 95 disamping satu lagi pasukan aerobatik terkemuka dunia, Red Arrows.

Malang menimpa pasukan Russian Knights ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai LIMA 95. Semasa 5 pesawat SU-27 Flanker Russian Knights cuba mendarat di Pangkalan Udara Kam Ran, Vietnam untuk pengisian minyak, 3 buah pesawat SU-27 Flanker Russian Knights terhempas selepas melanggar gunung berdekatan pangkalan udara disebabkan kabus yang tebal. 4 juruterbang Russian Knights terkorban dalam insiden tersebut.

Satu lagi pasukan aerobatik yang membuat penampilan pertama di LIMA 95 adalah pasukan Roullettes dari Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). 9 buah pesawat Pilatus PC-9 pasukan Roullettes terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 95.

Helikopter penyerang CSH-Rooivalk turut kembali melakukan pertunjukan udara dan pameran statik di LIMA 95. Disamping itu helikopter penyerang Kamov Ka-50 Hokum turut kembali menyertai LIMA 95. Rooivalk & Hokum diterbangkan ke Langkawi menggunakan pesawat pengangkut Ilyushin IL-76.
Helikopter Mi-26 Halo juga tampil menyertai LIMA 95 buat pertama kali. Helikopter Mi-26 Halo dikategorikan sebagai salah satu helikopter pengangkut terbesar di dunia. Mi-17, Mi-8, Atlas Oryx dari Denel Aviation turut menyertai LIMA 95.

Amerika Syarikat juga menghantar delegasi dan pesawat yang terbesat pada LIMA 95. Selain daripada pesawat F-15C/D Eagle & F-16C/D Falcon yang telah tampil pada LIMA 91 & LIMA 93, pesawat dari Amerika yang menyertai LIMA 93 adalah helicopter penyerang Longbow Apache, Helikopter pengangkut Chinook yang dibawa oleh pesawat kargo C-5 Galaxy. Hanya pesawat F-16C/D sahaja terlibat dalam pertunjukan harian sepanjang LIMA 95.

Lain-lain pesawat yang menyertai LIMA 95 adalah pesawat maritim / pemadam api CL-415 Superscooper dari firma Bombardier yang melakukan pertunjukan harian termasuk pengeboman air sepanjang LIMA 95. Disamping itu pesawat A4-Super Skyhawk milik tentera udara Singapura, F-5E/F TUDM, Helikopter Super Lynx dari firma Westland turut menyertai LIMA 95.


Senarai Pesawat-pesawat yang menyertai LIMA 95:

1. 7 x MiG-29N (TUDM) - Solo aerial display & statik







2. 5 x SU-27 Flanker (Russian Knights



3. Red Arrows (Royal Air Force) - Pertunjukan udara



4. 9 x Pilatus PC-9 Roullettes (RAAF) - Pertunjukan udara



5.1 x CSH-Rooivalk Attack Helicopter (Denel)



6. Kamov Ka-50 Hokum Attack Helicopter (Rusia)



7.  Ilyushin IL-76



8. Mi-26 Halo



9. Atlas Oryx helicopter (Denel)



10. Super Lynx maritime helicopter (Westland)



11. CH-47 Chinook (Boeing)



12. AH-64D Apache (Boeing)



13. C-5 Galaxy Cargo Aircraft



14. 2 x F-15C/D Eagle (USAF-Pacific)



15. 2 x F-16C/D Falcon (USAF-Pacific)



16. CL-415 Superscooper



17. A4-Super Skyhawk (RSAF)



18. F-5E/F (TUDM)



















Sunday, 20 January 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 1993 (LIMA 93) - Satu Catatan

LIMA 93 merupakan edisi kedua dalam siri pertunjukan Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA). Pada LIMA 93, jumlah penyertaan daripada syarikat-syarikat dalam bidang maritim & aeroangkasa utama dunia meningkat dengan mendadak hasil kejayaan LIMA 91. Jumlah negara yang menyertai LIMA 93 juga meningkat. Disamping itu sebuah dewan pameran antarabangsa khusus untuk pameran LIMA di kenali sebagai Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) telah siap dibina.

Bagi LIMA 93, segmen Maritim jumlah penyertaan kapal perang meningkat dengan mendadak termasuk kapal pengangkut pesawat dari Amerika, kapal selam & kapal perang dari Rusia dan lain-lain kapal perang.
Sambutan dari pengunjung juga meningkat hasil kejayaan LIMA 91. Pada masa yang sama pameran LIMA telah tersenarai dalam pameran udara antarabangsa seperti Asian Aerospace, Dubai Airshow, Farnborough Airshow & Paris Airshow.

Syarikat-syarikat utama di dunia dalam bidang aeroangkasa dan maritim seperti Boeing, Aerospatiale, Lockheed Martin, General Dynamics, Mikoyan, Sukhoi, BAE System dan lain-lain kembali semula ke LIMA 93. Syarikat-syarikat yang pertama kali menyertai LIMA seperti Denel dari Afrika Selatan menambahkan kemeriahan LIMA 93.

Dari segi jumlah penyertaan pesawat udara dan kapal perang juga meningkat dengan banyak. Rusia menghantar sejumlah pesawat udara, kapal perang dan kapal selam. Amerika Syarikat juga menghantar pesawat-pesawat perang, kapal perang dan kapal pengangkut pesawat.

Pesawat-pesawat yang menjadi tarikan utama pada LIMA 93 adalah pesawat MiG-29 Fulcrum dan Sukhoi SU-27 Flanker. Sebanyak 5 buah pesawat MiG-29 Fulcrum dari pasukan aerobatik Swift diterbangkan ke Langkawi menggunakan 2 buah pesawat kargo Antonov AN-124 Ruslan. 4 buah pesawat MiG-29 dari pasukan Swift terlibat dalam pertunjukan udara harian. Kejayaan pihak Rusia menjual 18 buah pesawat MiG-29 pada pertengahan 1993 menyebabkan penyertaan yang memberangsangkan dari syarikat-syarikat Rusia pada LIMA 93. Manakala pesawat yang kurang dikenali pada LIMA 91, Sukhoi SU-27 Flanker tampil dengan 2 buah pesawat daripada pasukan aerobatik Russian Knights. Sebuah pesawat SU-27 Flanker terlibat dalam pertunjukan udara harian sepanjang LIMA 93.

Lain-lain pesawat dari Rusia yang menyertai LIMA 93 adalah pesawat pejuang / pemintas jarak jauh MiG-31 Foxhound yang membuat penampilan sulung dan terlibat dalam pameran statik, helikopter penyerang Kamov Ka-50 Hockum juga membuat penampilan sulung di LIMA. Hockum terlibat dalam pertunjukan udara harian di LIMA 93. Pesawat kargo IL-76 & Pesawat tangki IL-78 juga terlibat dalam LIMA 93.

Pesawat-pesawat dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam LIMA 93 adalah pesawat F-16C/D Falcon. 2 buah pesawat F-16 Falcon diterbangkan ke Langkawi dari pengkalan udara Amerika di Guam untuk LIMA 93. F-16 terlibat dalam pertunjukan udara harian sepanjang LIMA 93. Pesawat F-15C/D juga tampil semula di LIMA 93 dan terlibat dalam pameran statik. Pesawat tangki KC-135 Stratotanker mengiringi pesawat-pesawat Amerika ke LIMA 93.

2 buah pesawat F/A-18 Hornet daripada Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) turut kembali menyertai LIMA 93. Hornet terlibat dalam pertunjukan udara dan pameran statik sepanjang LIMA 93. Berikutan kehebatan F/A-18 Hornet sepanjang LIMA 91 & LIMA 93, pihak TUDM telah memesan 8 pesawat F/A-18D Hornet selepas membuat penilaian semasa pameran LIMA.

Pesawat pejuang ringan, Hawk 200 turut membuat penampilan sulung di pameran LIMA 93 Langkawi. Sebuah pesawat Hawk 200 dibawakan oleh BAE System ke LIMA 93. Pesawat Hawk 200 diterbangkan oleh Test Pilot dari BAE System dan terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 93. Pihak TUDM turut membeli 28 pesawat Hawk 100 & Hawk 200 pada tahun 2003.

Buat pertama kalinya pesawat pejuang dari Perancis menyertai LIMA 93. 2 buah pesawat pejuang Mirage 2000-5 tampil buat pertama kalinya di LIMA 93. Sebuah pesawat Mirage 2000-5 terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 1993. Pada ketika itu pihak Aerospatiale (sekarang dikenali Dassault) berusaha untuk memasarkan pesawat Mirage 2000-5 kepada angkatan tentera udara Malaysia. Pesawat yang dikategorikan setanding dengan MiG-29 Fulcrum dan F-16 Falcon itu mempunyai jarak operasi yang terhad.

Pasukan aerobatik terkemuka dunia dari United Kingdom, Red Arrows membuat penampilan pertama di LIMA 93. 9 pesawat Hawk dari pasukan Red Arrows berada di Langkawi untuk LIMA 93. 7 buah pesawat Hawk Red Arrows terlibat dalam setiap pertunjukan udara sepanjang LIMA 93. Red Arrows menjadi tarikan utama pengunjung sepanjang LIMA 93.

Helikopter penyerang dari Afrika Selatan, Rooivalk juga pertama kali muncul di LIMA 93. Rooivalk diterbangkan oleh pesawat Ilyushin Il-76 cargo aircraft ke Langkawi. Pesawat keluaran firma Denel Afrika Selatan ini terlibat dalam pertunjukan udara dan statik sepanjang LIMA 93. Pesawat yang dikenali sebagai Red Kestrel tersebut masih dalam peringkat pembangunan 'prototype' pada tahun 1993.

Lain-lain pesawat yang menyertai LIMA 93 adalah A4-Super Skyhawk (Singapore), A4-Skyhawk (TUDM), F-5E/F (TUDM), Pilatus PC-7 Taming Sari (TUDM) dan lain-lain.


Senarai Pesawat Yang Menyertai LIMA 1993:

1. 5 x MiG-29 Fulcrum (Swift Aerobatic Team - Russian Air Force) - Pertunjukan udara & pameran static




2. 2 x Sukhoi SU-27 Flanker (Russian Knights - Russian Air Force) - Pertunjukan Udara & pameran static



3. MiG-31 Foxhound (Russian Air Force) - Pameran Statik



4. 1 x Kamov Ka-50 Hokum - Pertunjukan Udara & Pameran Statik






5. Ilyushin IL-76






6. Antonov AN-124 Ruslan



6. 9 x Red Arrows (Royal Air Force) - Pertunjukan Udara

File:Red Arrows, Southport Airshow 2009 (01).jpg


7. 2 x Mirage 2000-5 (French Air Force) - Pertunjukan udara & pameran statik

File:Mirage 2000 DSC04162.JPG


8. 2 x F/A-18A/B (RAAF) - Pertunjukan Udara & pameran statik

File:2OCU 1985.jpg


9. 2 x F-16C/D (USAF-Pacific) - Aerial display & static



10. 2 x F-15C/D (USAF-Pacific) - Statik




11. Hawk 200 Light Fighter / Attack Aircraft (BAE System) - Aerial & Statik



12. CSH-Rooivalk (Denel - South Africa) - Aerial & Statik



13. A4-Super Skyhawk (RSAF) - Static

File:RSAF A-4SU Super Skyhawks at Istres Air Base.jpg


14. A4-Skyhawk (TUDM) - Aerial




15. F-5E/F (TUDM) - Aerial & Statik






16. KC-135 Stratotanker (USAF-Pacific) - Tanker

Saturday, 12 January 2013

Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) - Suatu Catatan (Edisi Pertama)

Pameran Antarabangsa Maritim & Udara Langkawi (Langkawi International Maritime & Aeropspace Exhibition) bermula pada tahun 1991. Pameran LIMA adalah hasil cetusan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hasil lawatan beliau ke satu pameran udara amatur di Oshkosh, Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau cuba membawa idea pameran udara amatur di Oskosh untuk menjadikan Langkawi sebagai satu tarikan untuk penggemar-pengemar pesawat ringan dan eksperimental di samping menjadikan salah satu tarikan pelancong ke Langkawi yang baru dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama ketika itu.

Pada masa yang sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang dalam proses pemodenan, terutamanya angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) & angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang dalam proses penggantian pesawat-pesawat pejuang utama era 60an dan 70an iaitu A-4 Skyhawk (pesawat terpakai era perang Vietnam) dan F-5E/F (diperoleh pada tahun 70an) dan kapal-kapal perang utama seperti KD Hang Tuah (era 70an).

Dengan adanya sebuah pameran yang menggabungkan pesawat-pesawat udara & kapal-kapal perang, pihak tentera udara dan tentera laut dapat membuat penilaian terbaik terhadap jet-jet pejuang dan kapal-kapal perang yang dipamerkan dalam satu pameran yang menggabungkan syarikat-syarikat pengeluar pesawat dan kapal perang terkemuka di dunia.

Pada awal Disember 1991, Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Maritime & Aerospace / LIMA) telah diadakan buat pertama kalinya di Langkawi. Syarikat-syarikat pembuat pesawat, senjata & kapal-kapal perang di tempatkan di khemah pameran yang disediakan oleh pihak penganjur bersebelahan terminal penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Sambutan yang diberikan oleh syarikat-syarikat pengeluar pesawat, senjata & kapal perang terkemuka di dunia terhadap pameran sulung LIMA 91 amatlah menggalakkan. Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Lockheed Martin / General Dynamics, Boeing, BAE System (UK), Mikoyan Bureau dan lain-lain menyertai pameran sulung LIMA 91.

Rusia selepas era kejatuhan Soviet Union merupakan salah satu negara yang mempamerkan peralatan ketenteraan seperti jet pejuang, senjata, kapal perang dll. Syarikat-syarikat dari Rusia seperti Mikoyan Bureau, badan induk industri ketenteraan Rusia, Rosboronexport dan syarikat pengeluar pesawat yang tidak begitu dikenali pada ketika itu, Sukhoi berusaha mencari pasaran baru untuk peralatan ketenteraan seperti pesawat pejuang, senjata, helikopter, kapal perang dll selepas perpecahan Soviet Union.

Lokasi pameran statik pesawat & pertunjukan udara diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala kapal-kapal perang berlabuh di perairan Pantai Kuala Muda.

Antara pesawat yang menjadi tarikan utama pada LIMA 91 adalah pesawat pejuang supersonic MiG-29 Fulcrum keluaran firma Mikoyan. Pesawat yang dikategorikan sebagai pesawat pejuang 'air superiority' itu melakukan penampilan sulung di LIMA 91 dan juga di Asia pada ketika itu. Pesawat MiG-29 Fulcrum membuat penampilan sulung di pameran udara di luar Rusia / Kesatuan Soviet pada tahun 1988 di Farnborough Air Show di UK. MiG-29 kemudian membuat penampilan sulung di Paris Air Show pada tahun 1989.

Sebuah pesawat MiG-29 Fulcrum milik Tentera Udara Rusia diterbangkan ke Langkawi untuk menyertai LIMA 91. Pesawat MiG-29 dikendalikan oleh 'test pilot' dari firma Mikoyan semasa pertunjukan udara di LIMA 91. Aksi-aksi memukau daripada salah satu pesawat pejuang yang terbaik di dunia pada ketika itu dan deruman enjin jet supersonic itu menggegarkan kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan menarik perhatian pengunjung LIMA 91.

Sebuah lagi pesawat pejuang yang dibawa oleh pihak Rusia adalah Sukhoi SU-27 Flanker. Pesawat SU-27 Flanker belum dikenali ramai pada ketika itu. Aksi-aksi memukau pesawat pejuang / pengiring jarak jauh ini menjadi tumpuan pengunjung LIMA 91. Pesawat dalam kategori 'heavyweight' ini memukau penonton dengan aksi-aksi yang tidak mampu dilakukan oleh pesawat pejuang lain pada ketika itu. Aksi seperti 'cobra', naik menegak dan berhenti di udara sebelum menjunam semula ke bawah adalah aksi-aksi yang tidak boleh dilakukan oleh pesawat pejuang lain pada masa itu. Disamping itu pesawat dalam kategori air superiority & supersonic ini mampu beroperasi pada jarak yang lebih jauh berbanding MiG-29 Fulcrum. Pesawat daripada pasukan aerobatik Russian Knights ini melakukan pertunjukan udara sepanjang LIMA 91.

Lain-lain pesawat dari Rusia yang menyertai LIMA 91 adalah pesawat pengangkut terbesar di dunia ketika itu, Antonov AN-124 Ruslan. Pesawat kargo ini membawa bersamanya helikopter Mi-17 dan Ka-25 Helix (Naval Helicopter) yang turut terlibat dalam pertunjukan di LIMA 91. Pesawat pengisi minyak Ilyushin IL-78 dan pesawat kargo sederhana, IL-76 turut di bawa bertujuan untuk pengisian di udara pesawat pejuang Rusia yang diterbangkan dari Rusia ke Langkawi.

Pesawat-pesawat dari negara lain yang menjadi tarikan pada LIMA 91 adalah F/A-18 A/B Hornet milik Tentera Udara Diraja Australia. Pesawat yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Butterworth untuk pertunjukan udara harian memukau penonton dengan aksi-aksi memukau dan ketangkasan penguasaan udara. Hornet pada ketika itu kurang dikenali berbanding F-15 Eagle & F-16 Falcon.

Pihak Amerika Syarikat membawa 2 buah pesawat F-16 Falcon yang terlibat dalam pertunjukan udara dan pameran statik dan 2 buah pesawat F-15 C/D Eagle yang terlibat dalam pameran statik. Pesawat tangki KC-135 Stratotanker diterbangkan untuk mengiringi pesawat F-15 & F-16 untuk LIMA 91. Helicopter dari jenis Seahawak & Seasprite turut dipamerkan.

Pesawat-pesawat lain yang terlibat dalam pertunjukan udara adalah pesawat aerobatik Benson & Hedges, 2 buah pesawat A4 Super Skyhawk dari Tentera Udara Singapura (statik), Taming Sari (PC7), A4-Skyhawk TUDM turut terlibat dalam pertunjukan udara dan pesawat F-15E/F.

Pesawat-pesawat yang dipamerkan pada LIMA 91:

1. 1 x MiG-29 Fulcrum (Russian Airforce / Mikoyan) -  Pertunjukan udara & pameran statik




2. 1 x Sukhoi SU-27 Flanker (Team Russian Knights) - Pertunjukan Udara & Statik

 

3. 2 x F/A-18A/B Hornet (RAAF - Butterworth) - Pertunjukan udara

2OCU 1985.jpg

4. 1 x Antonov AN-124 Ruslan (Antonov) Cargo - Statik





5. 1 x Mi-17 Military Transport Helicopter - Pertunjukan Udara & Statik



6. 1 x Kamov Ka-25 Helix Naval Helicopter - Pertunjukan Udara & Statik



7. 2 x F-16 C/D USAF Pacific - Pertunjukan Udara & Statik



8. 2 x F-15 C/D USAF Pacific - Statik



9. 1 x KC-135 Stratotanker USAF Pacific tanker - Statik



10. 1 x Benson & Hedges Aerobatic Aircraft - Aerobatic display



11. 2 x A4 Super Skyhawk RSAF - Statik



12. 5 x Pilatus PC-7 Taming Sari (TUDM) - Aerobatik display



13. A4-Skyhawk (TUDM) - Pertunjukan Udara



14. F-5E/F (TUDM) - Pertunjukan Udara