Jumlah penyertaan dari pempamer juga semakin meningkat disebabkan prestij pameran LIMA yang setanding dengan lain-lain pameran udara & maritim terkemuka dunia seperti Paris Airshow, Farnborough Airshow, Dubai Airshow, Asian Aerospace dan lain-lain. Disamping itu peningkatan permintaan terhadap peralatan perang dari rantau Asia Pasifik menunjukkan peningkatan pada ketika itu.
Pada pameran LIMA 95, pasukan aerobatik terkemuka di dunia, Red Arrows kembali semula memeriahkan siri pertunjukan udara dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Pasukan yang melibatkan 9 buah pesawat Hawk itu tampil buat kali kedua dalam siri LIMA selepas LIMA 93.
Pada LIMA 95 juga menyaksikan pihak TUDM dengan rasminya telah menerima 18 buah pesawat MiG-29N dari pihak Rusia. Majlis rasmi penyerahan tersebut berlangsung semasa LIMA 1995 di mana pihak Rosboronexport & Mikoyan dengan rasminya menyerahkan 18 buah pesawat MiG-29N kepada pihak TUDM. Mikoyan pada waktu itu diwakili oleh ketua pereka (Chief Designer) MiG-29 Fulcrum, Rostislav Belyakov. Pada LIMA 95, pesawat MiG-29 yang baru dimiliki TUDM diterbangkan oleh Test Pilot Mikoyan sepanjang pertunjukan udara LIMA 95. Aksi-aksi memukau dan mendebarkan MiG-29 menjadi salah satu tarikan utama pada LIMA 95.
Pasukan aerobatik terkemuka dari Russia, Russian Knights kembali menyertai pameran udara LIMA 95 selepas menyertai LIMA 91 & LIMA 93. 5 buah pesawat SU-27 Flanker diterbangkan dari pangkalan udara Kubinka, Moscow ke Langkawi diiringi pesawat pengisi minyak Ilyushin IL-76. Pesawat SU-27 Flanker dari pasukan Russian Knights terbang merentasi Tashkent, New Delhi, Yangon sebelum tiba di Langkawi. Pasukan Russian Knights terlibat dalam pertunjukan udara yang melibatkan 4 pesawat sepanjang LIMA 95. Russian Knights menjadi salah satu tarikan utama sepanjang LIMA 95 disamping satu lagi pasukan aerobatik terkemuka dunia, Red Arrows.
Malang menimpa pasukan Russian Knights ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai LIMA 95. Semasa 5 pesawat SU-27 Flanker Russian Knights cuba mendarat di Pangkalan Udara Kam Ran, Vietnam untuk pengisian minyak, 3 buah pesawat SU-27 Flanker Russian Knights terhempas selepas melanggar gunung berdekatan pangkalan udara disebabkan kabus yang tebal. 4 juruterbang Russian Knights terkorban dalam insiden tersebut.
Satu lagi pasukan aerobatik yang membuat penampilan pertama di LIMA 95 adalah pasukan Roullettes dari Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). 9 buah pesawat Pilatus PC-9 pasukan Roullettes terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 95.
Helikopter penyerang CSH-Rooivalk turut kembali melakukan pertunjukan udara dan pameran statik di LIMA 95. Disamping itu helikopter penyerang Kamov Ka-50 Hokum turut kembali menyertai LIMA 95. Rooivalk & Hokum diterbangkan ke Langkawi menggunakan pesawat pengangkut Ilyushin IL-76.
Helikopter Mi-26 Halo juga tampil menyertai LIMA 95 buat pertama kali. Helikopter Mi-26 Halo dikategorikan sebagai salah satu helikopter pengangkut terbesar di dunia. Mi-17, Mi-8, Atlas Oryx dari Denel Aviation turut menyertai LIMA 95.
Amerika Syarikat juga menghantar delegasi dan pesawat yang terbesat pada LIMA 95. Selain daripada pesawat F-15C/D Eagle & F-16C/D Falcon yang telah tampil pada LIMA 91 & LIMA 93, pesawat dari Amerika yang menyertai LIMA 93 adalah helicopter penyerang Longbow Apache, Helikopter pengangkut Chinook yang dibawa oleh pesawat kargo C-5 Galaxy. Hanya pesawat F-16C/D sahaja terlibat dalam pertunjukan harian sepanjang LIMA 95.
Lain-lain pesawat yang menyertai LIMA 95 adalah pesawat maritim / pemadam api CL-415 Superscooper dari firma Bombardier yang melakukan pertunjukan harian termasuk pengeboman air sepanjang LIMA 95. Disamping itu pesawat A4-Super Skyhawk milik tentera udara Singapura, F-5E/F TUDM, Helikopter Super Lynx dari firma Westland turut menyertai LIMA 95.
Senarai Pesawat-pesawat yang menyertai LIMA 95:
1. 7 x MiG-29N (TUDM) - Solo aerial display & statik
2. 5 x SU-27 Flanker (Russian Knights
3. Red Arrows (Royal Air Force) - Pertunjukan udara
4. 9 x Pilatus PC-9 Roullettes (RAAF) - Pertunjukan udara
5.1 x CSH-Rooivalk Attack Helicopter (Denel)
6. Kamov Ka-50 Hokum Attack Helicopter (Rusia)
7. Ilyushin IL-76
8. Mi-26 Halo
9. Atlas Oryx helicopter (Denel)
10. Super Lynx maritime helicopter (Westland)
11. CH-47 Chinook (Boeing)
12. AH-64D Apache (Boeing)
13. C-5 Galaxy Cargo Aircraft
14. 2 x F-15C/D Eagle (USAF-Pacific)
15. 2 x F-16C/D Falcon (USAF-Pacific)
16. CL-415 Superscooper
17. A4-Super Skyhawk (RSAF)
18. F-5E/F (TUDM)
No comments:
Post a Comment