Monday, 4 March 2013

Pesawat-pesawat yang pernah dipamerkan pada Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA))

Berikut adalah pesawat-pesawat yang pernah dipamerkan dalam pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) sejak dimulakan pada tahun 1991.

1. MiG-29 Fulcrum

Pesawat pejuang Air Superiority MiG-29 Fulcrum pernah dipamerkan pada LIMA 1991 (Tentera Udara Rusia), LIMA 1993 menerusi pasukan aerobatik terkemuka Strizhi @ Swift Tentera Udara Rusia menggunakan 5 pesawat MiG-29.
Bermula dari LIMA 1995, MiG-29N milik TUDM dipamerkan pada setiap pameran LIMA.

Spesikasi ringkas pesawat MiG-29:

Pembuat: Firma Mikoyan Bureau
Kelajuan: Mach 2.35
Jarak operasi: 2,100km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / pemintas barisan hadapan
Enjin: Isotov RD-33


2. SU-27 Flanker

Pesawat pejuang / pemintas jarak jauh SU-27 Flanker menyertai LIMA 91, 93 & 95 menggunakan pesawat dari pasukan aerobatik Russian Knights dari Tentera Udara Rusia.
Pada tahun 1999 & 2001 pasukan aerobatik Test Pilot menyertai LIMA menggunakan pesawat SU-27P.

Spesifikasi ringkas SU-27 Flanker:

Pembuat: Firma Sukhoi / KnAAPO / Irkut
Kelajuan: Mach 2.30
Jarak operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / pengiring jarak jauh
Engine:
Radar:


3. F-16 C/D Falcon

Pesawat pejuang F-16C/D Falcon dari pangkalan udara Amerika Pasifik, Guam telah menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001, LIMA 2003 & LIMA 2005.
Manakala pesawat F-16C/D Block 52 dari Tentera Udara Republik Singapura telah menyertai LIMA 2009 & LIMA 2011.

Spesifikasi ringkas pesawat F-16C/D:

Firma pembuat: General Dynamic / Lockheed Martin.
Kelajuan: Mach 2.0
Jarak operasi:
Fungsi utama:
Engine:
Radar


4. F-15C/D Eagle

Pesawat F-15C/D Eagle dari Tentera Udara Amerika Syarikat yang berpangkalan di Guam telah menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001 & LIMA 2003.

Spesifikasi ringkas F-15C/D Eagle

Firma Pembuat: Boeing
Kelajuan: Mach 2.5
Jarak Operasi: Lebih dari 3,000km
Fungsi Utama: Pesawat pejuang / pemintas jarak jauh
Engine:
Radar:


5. F/A-18B Hornet

2 buah pesawat F/A-18B Hornet dari Royal Australia Air Force (RAAF) mula menyertai LIMA 91 diikuti LIMA 93.
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM mula menyertai LIMA sejak LIMA 97.

Spesifikasi ringkas:

Firma Pembuat: McDonnel Douglas / Boeing
Kelajuan: Mach 1.8
Jarak Operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / serangan darat
Engine:
Radar:


 6. A4 SU Super Skyhawk

Pesawat A4 Super Skyhawk milik Royal Singapore Air Force telah menyertai LIMA 91 & LIMA 93. Pesawat yang telah dinaik taraf dari versi asal A4 Skyhawk yang kemudian dinamakan A4 Super Skyhawk.

Spesifikasi ringkas:

Firma pembuat: McDonnel Douglas
Kelajuan: 1,128 km/hr
Jarak operasi: 3,220 km dengan drop tanks



7. A4 Skyhawk (TUDM)

Pesawat pejuang era perang Vietnam A4 Skyhawk menyertai pameran LIMA 91 & 93. A4 Skyhawk milik TUDM tersebut melakukan pertunjukan udara pada LIMA 91 & LIMA 93 melibatkan 4 pesawat.

Fakta ringkas A4 Skyhawk

Firma Pembuat: McDonnel Douglas
Kelajuan: Subsonic
Jarak Operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang
Engine:
Radar:



8. F-5E/F (TUDM)

Pesawat pejuang ringan F-5E/F mula menyertai pameran LIMA bermula dari LIMA 91. F-5E/F boleh dikatakan menyertai semua pameran LIMA yang telah diadakan.

Fakta ringkas F-5E/F:


Firma Pembuat: Northtrop
Kelajuan: Mach 1.6 / 1,700 km/h
Jarak Operasi: 1,405 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang ringan
Engine: 2 x General Electric J85-GE-21B



9. Antonov AN-124 Ruslan

AN-124 Ruslan merupakan salah satu pesawat pengangkut / kargo terbesar di dunia. AN-124 mula menyertai pameran LIMA bermula LIMA 91. AN-124 digunakan untuk mengangkut pesawat / helikopter / barangan pameran yang di bawa oleh pihak Rusia pada pameran LIMA. AN-124 mula dipamerkan bermula  dari LIMA 1991. Pada LIMA 93, 2 buah pesawat AN-124 Ruslan digunakan untuk membawa 5 buah pesawat pejuang MiG-29 Fulcrum dari pasukan aerobatik Strizhi (Swift). Pesawat AN-124 turut menyertai LIMA 95, 97, 99, 2001 & 2003.

Fakta ringkas AN-124:
Firma pembuat: Antonov
Fungsi utama: Pengangkut
Jarak operasi: 5,400 km
Berat muatan: 150,000 kg
Enjin: Ivchenko Progress D-18T Turbofan
Kelajuan maksimum: 865 km/h


10. Ilyushin IL-76 / IL-78 Kargo / Tanker

Pesawat Ilyushin IL-76 / 78 digunakan untuk mengangkut pesawat / pengisian minyak pesawat yang menyertai pameran LIMA. Il-76 mula menyertai pameran LIMA pada LIMA 91. Kemudian Il-76 menyertai setiap pameran LIMA untuk mengangkut pesawat / barangan yang dipamerkan pada pameran LIMA kecuali LIMA 2007 & LIMA 2009. Manakala pesawat pengisi minyak Il-78 Tanker menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001 & LIMA 2003. Semasa LIMA 1999, pesawat Il-78 turut menyertai pameran udara bersama pesawat SU-27P (Test Pilot) & SU-30MK dalam demonstrasi pengisian minyak di udara.


11. Mi-17 (Kazan & Ulan Ude)

Sebuah helikopter Mi-17 dari Rusia turut dipamerkan pada LIMA 1991. Bermula dari LIMA 97, pasukan bomba & penyelamat menampilkan Mi-17 pada pameran LIMA tahun-tahun berikutnya.

12. Kamov Ka-25 Helix Naval Helicopter

Kamov Ka-25 Helix merupakan helikopter naval helikopter dan boleh juga dioperasikan untuk mengesan kapalselam untuk kegunaan tentera laut. Ka-25 Helix dipamerkan pada LIMA 1991.

13. Benson & Hedges Aerobatik








Saturday, 2 March 2013

LIMA 2013 - Edisi ke-12 Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (26-30 March 2013))

LIMA 2013 akan berlangsung dari 26 March - 30 March 2013. Pameran LIMA 2013 dijangka lebih meriah dah lebih besar penyertaan dari pempamer utama sistem pertahanan dunia berbanding LIMA 2011. Berdasarkan persiapan di tapak pameran, LIMA 2013 dijangka lebih besar penyertaan dari syarikat-syarikat aeroangkasa dan maritim dunia.

Berdasarkan lama web rasmi LIMA 2013, pesawat-pesawat yang bakal dipamerkan juga lebih banyak dari LIMA 2011.

Antara pesawat-pesawat yang disenaraikan akan menyertai LIMA 2013 adalah Eurofighter Typhoon, Dassault Rafale, SAAB JAS-39C/D Gripen, Pasukan Aerobatik Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia menggunakan kapal terbang KT-1B, F/A-18F Super Hornet, C-17 Globemaster III & F-16C Block 50 dari Tentera Udara Amerika Syarikat Pangkalan Pasifik, pesawat F-16D Block 52 & helikopter penyerang Longbow Apache dari Tentera Udara Republik Singapura.

Pesawat AEW&C E-737A Wedgetail dari Tentera Udara Diraja Australia juga disenaraikan akan menyertai LIMA 2013.

Pihak TUDM pula akan mempamerkan pesawat pejuang pelbagai fungsi jarak jauh, Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N (Smokey Bandits), F/A-18D Hornet, Aermacchi MB-339CM, Hawk 108/208, helikopter Mi-7 dll.

Disamping itu, pihak Russia dijangka menampilkan pasukan aerobatik terkemuka dunia, Russian Knights & The Swift (Strizhi) pada pameran LIMA 2013. Russian Knights menampilkan 5 pesawat Sukhoi SU-27P & PU, manakala Strizhi pula menampilkan 5 pesawat MiG-29 Fulcrum. Berdasarkan jadual dalam laman web rasmi Russian Knights & Strizhi, LIMA 2013 merupakan destinasi 'tour' mereka untuk tahun 2013.
Kedua-dua pasukan aerobatik terkemuka dunia ini pernah menyertai pameran LIMA sebelum ini. Russian Knights pernah menyertai LIMA 91, LIMA 93 & LIMA 95, manakala Strizhi / Swift pernah muncul pada LIMA 93. 

Friday, 1 March 2013

LIMA 2011 - Edisi kesebelas Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi

LIMA 2011 merupakan edisi ke-11 siri Pameran Udara & Maritim Antarabangsa Langkawi. LIMA 2011 menyaksikan penyertaan yang lebih besar dari pempamer disamping jumlah pesawat yang dipamerkan juga meningkat disamping kapal perang milik TLDM dan kapal perang dari luar negara seperti Singapura (Formidable Class), Korea Selatan, Australia dll.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak turut dipamerkan pada LIMA 11.

Bagi segmen pameran udara, pesawat pejuang yang dikatakan antara tercanggih di dunia dari Firma EADS / BAE System, Eurofighter Typhoon turut membuat penampilan sulung di LIMA 2011. Sebuah pesawat Eurofighter Typhoon dari RAF diterbangkan dari pangkalan udara Butterworth untuk pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011. Eurofighter Typhoon dikendalikan oleh juruterbang penguji BAE System, Nat Makepeace sepanjang pertunjukan udara. Eurofighter Typhoon juga telah ditawarkan oleh pihak BAE System sebagai pesawat MRCA terbaru untuk menggantikan pesawat pejuang MiG-29N TUDM.

Sebuah lagi pesawat pejuang MRCA yang boleh dikatakan antara yang tercanggih di dunia, Rafale dari firma Dassault turut membuat penampilan sulung di LIMA 11. Dua pesawat Rafale diterbangkan ke Langkawi untuk pameran LIMA 2011. Rafale turut terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011. Dassault Rafale turut ditawarkan oleh pihak Dassault sebagai calon untuk menggantikan pesawat pejuang MiG-29N TUDM.

Boeing menampilkan pesawat pejuang / penyerang terbaru mereka, F/A-18F Super Hornet pada LIMA 2011. Super Hornet merupakan salah sebuah pesawat yang ditawarkan kepada TUDM sebagai pesawat pengganti kepada pesawat pejuang MiG-29N TUDM. Super Hornet terbabit dalam pertunjukan udara semasa LIMA 2011. Pesawat Super Hornet pernah dipamerkan pada LIMA 2001 & LIMA 2003.

Pesawat pejuang JAS-39C/D Gripen dari Tentera UdaraThailand turut dipamerkan buat pertama kalinya pada LIMA 2011. 2 buah pesawat JAS-39C/D dipamerkan dalam pameran statik semasa LIMA 2011. Thailand baru sahaja menerima 6 buah pesawat JAS-39C/D Gripen pada pertengahan 2011.

Tentera Udara Republik Singapura menampilkan 2 buah pesawat F-16C Block 52 & sebuah pesawat F-16D Block 52. Pesawat F-16C terlibat dalam pertunjukan udara, manakala pesawat F-16D dalam pameran statik. Disamping itu, helikopter tentera Laut Singapura S-70B Seahawk turut dipamerkan dalam pameran statik.

Seperti biasa, pasukan aerobatik dari TUDM, Smokey Bandits menampilkan 5 buah pesawat MiG-29 dalam pertunjukan udara pada LIMA 2011. Disamping itu, 3 buah pesawat Sukhoi SU-30MKM turut tampil dalam pertunjukan udara dan pameran statik sepanjang LIMA 2011.
Pasukan aerobatik Krisakti turut membuat penampilan sulung pada LIMA 11 dengan menggunakan 3 kapal terbang Extra 300/330.

Helikopter penyerang Tiger HAD dari Eurocopter turut dipamerkan semasa LIMA 2011. Tiger HAD membuat penampilan kedua dalam pameran LIMA 11 selepas dipamerkan pada LIMA 2007. Helikopter Tiger turut terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011.

Lain-lain pesawat yang dipamerkan adalah pesawat pengisi minyak Airbus A-330 MRT milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), pesawat maritim P3C Orion milik US Navy, F/A-18D Hornet TUDM, Aermacchi MB-339CM, Dornier dll.