LIMA 2011 merupakan edisi ke-11 siri Pameran Udara & Maritim Antarabangsa Langkawi. LIMA 2011 menyaksikan penyertaan yang lebih besar dari pempamer disamping jumlah pesawat yang dipamerkan juga meningkat disamping kapal perang milik TLDM dan kapal perang dari luar negara seperti Singapura (Formidable Class), Korea Selatan, Australia dll.
Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak turut dipamerkan pada LIMA 11.
Bagi segmen pameran udara, pesawat pejuang yang dikatakan antara tercanggih di dunia dari Firma EADS / BAE System, Eurofighter Typhoon turut membuat penampilan sulung di LIMA 2011. Sebuah pesawat Eurofighter Typhoon dari RAF diterbangkan dari pangkalan udara Butterworth untuk pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011. Eurofighter Typhoon dikendalikan oleh juruterbang penguji BAE System, Nat Makepeace sepanjang pertunjukan udara. Eurofighter Typhoon juga telah ditawarkan oleh pihak BAE System sebagai pesawat MRCA terbaru untuk menggantikan pesawat pejuang MiG-29N TUDM.
Sebuah lagi pesawat pejuang MRCA yang boleh dikatakan antara yang tercanggih di dunia, Rafale dari firma Dassault turut membuat penampilan sulung di LIMA 11. Dua pesawat Rafale diterbangkan ke Langkawi untuk pameran LIMA 2011. Rafale turut terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011. Dassault Rafale turut ditawarkan oleh pihak Dassault sebagai calon untuk menggantikan pesawat pejuang MiG-29N TUDM.
Boeing menampilkan pesawat pejuang / penyerang terbaru mereka, F/A-18F Super Hornet pada LIMA 2011. Super Hornet merupakan salah sebuah pesawat yang ditawarkan kepada TUDM sebagai pesawat pengganti kepada pesawat pejuang MiG-29N TUDM. Super Hornet terbabit dalam pertunjukan udara semasa LIMA 2011. Pesawat Super Hornet pernah dipamerkan pada LIMA 2001 & LIMA 2003.
Pesawat pejuang JAS-39C/D Gripen dari Tentera UdaraThailand turut dipamerkan buat pertama kalinya pada LIMA 2011. 2 buah pesawat JAS-39C/D dipamerkan dalam pameran statik semasa LIMA 2011. Thailand baru sahaja menerima 6 buah pesawat JAS-39C/D Gripen pada pertengahan 2011.
Tentera Udara Republik Singapura menampilkan 2 buah pesawat F-16C Block 52 & sebuah pesawat F-16D Block 52. Pesawat F-16C terlibat dalam pertunjukan udara, manakala pesawat F-16D dalam pameran statik. Disamping itu, helikopter tentera Laut Singapura S-70B Seahawk turut dipamerkan dalam pameran statik.
Seperti biasa, pasukan aerobatik dari TUDM, Smokey Bandits menampilkan 5 buah pesawat MiG-29 dalam pertunjukan udara pada LIMA 2011. Disamping itu, 3 buah pesawat Sukhoi SU-30MKM turut tampil dalam pertunjukan udara dan pameran statik sepanjang LIMA 2011.
Pasukan aerobatik Krisakti turut membuat penampilan sulung pada LIMA 11 dengan menggunakan 3 kapal terbang Extra 300/330.
Helikopter penyerang Tiger HAD dari Eurocopter turut dipamerkan semasa LIMA 2011. Tiger HAD membuat penampilan kedua dalam pameran LIMA 11 selepas dipamerkan pada LIMA 2007. Helikopter Tiger turut terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2011.
Lain-lain pesawat yang dipamerkan adalah pesawat pengisi minyak Airbus A-330 MRT milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), pesawat maritim P3C Orion milik US Navy, F/A-18D Hornet TUDM, Aermacchi MB-339CM, Dornier dll.
No comments:
Post a Comment