Berikut adalah pesawat-pesawat yang pernah dipamerkan dalam pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) sejak dimulakan pada tahun 1991.
1. MiG-29 Fulcrum
Pesawat pejuang Air Superiority MiG-29 Fulcrum pernah dipamerkan pada LIMA 1991 (Tentera Udara Rusia), LIMA 1993 menerusi pasukan aerobatik terkemuka Strizhi @ Swift Tentera Udara Rusia menggunakan 5 pesawat MiG-29.
Bermula dari LIMA 1995, MiG-29N milik TUDM dipamerkan pada setiap pameran LIMA.
Spesikasi ringkas pesawat MiG-29:
Pembuat: Firma Mikoyan Bureau
Kelajuan: Mach 2.35
Jarak operasi: 2,100km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / pemintas barisan hadapan
Enjin: Isotov RD-33
2. SU-27 Flanker
Pesawat pejuang / pemintas jarak jauh SU-27 Flanker menyertai LIMA 91, 93 & 95 menggunakan pesawat dari pasukan aerobatik Russian Knights dari Tentera Udara Rusia.
Pada tahun 1999 & 2001 pasukan aerobatik Test Pilot menyertai LIMA menggunakan pesawat SU-27P.
Spesifikasi ringkas SU-27 Flanker:
Pembuat: Firma Sukhoi / KnAAPO / Irkut
Kelajuan: Mach 2.30
Jarak operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / pengiring jarak jauh
Engine:
Radar:
3. F-16 C/D Falcon
Pesawat pejuang F-16C/D Falcon dari pangkalan udara Amerika Pasifik, Guam telah menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001, LIMA 2003 & LIMA 2005.
Manakala pesawat F-16C/D Block 52 dari Tentera Udara Republik Singapura telah menyertai LIMA 2009 & LIMA 2011.
Spesifikasi ringkas pesawat F-16C/D:
Firma pembuat: General Dynamic / Lockheed Martin.
Kelajuan: Mach 2.0
Jarak operasi:
Fungsi utama:
Engine:
Radar
4. F-15C/D Eagle
Pesawat F-15C/D Eagle dari Tentera Udara Amerika Syarikat yang berpangkalan di Guam telah menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001 & LIMA 2003.
Spesifikasi ringkas F-15C/D Eagle
Firma Pembuat: Boeing
Kelajuan: Mach 2.5
Jarak Operasi: Lebih dari 3,000km
Fungsi Utama: Pesawat pejuang / pemintas jarak jauh
Engine:
Radar:
5. F/A-18B Hornet
2 buah pesawat F/A-18B Hornet dari Royal Australia Air Force (RAAF) mula menyertai LIMA 91 diikuti LIMA 93.
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM mula menyertai LIMA sejak LIMA 97.
Spesifikasi ringkas:
Firma Pembuat: McDonnel Douglas / Boeing
Kelajuan: Mach 1.8
Jarak Operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang / serangan darat
Engine:
Radar:
6. A4 SU Super Skyhawk
Pesawat A4 Super Skyhawk milik Royal Singapore Air Force telah menyertai LIMA 91 & LIMA 93. Pesawat yang telah dinaik taraf dari versi asal A4 Skyhawk yang kemudian dinamakan A4 Super Skyhawk.
Spesifikasi ringkas:
Firma pembuat: McDonnel Douglas
Kelajuan: 1,128 km/hr
Jarak operasi: 3,220 km dengan drop tanks
7. A4 Skyhawk (TUDM)
Pesawat pejuang era perang Vietnam A4 Skyhawk menyertai pameran LIMA 91 & 93. A4 Skyhawk milik TUDM tersebut melakukan pertunjukan udara pada LIMA 91 & LIMA 93 melibatkan 4 pesawat.
Fakta ringkas A4 Skyhawk
Firma Pembuat: McDonnel Douglas
Kelajuan: Subsonic
Jarak Operasi: 3,600 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang
Engine:
Radar:
8. F-5E/F (TUDM)
Pesawat pejuang ringan F-5E/F mula menyertai pameran LIMA bermula dari LIMA 91. F-5E/F boleh dikatakan menyertai semua pameran LIMA yang telah diadakan.
Fakta ringkas F-5E/F:
Firma Pembuat: Northtrop
Kelajuan: Mach 1.6 / 1,700 km/h
Jarak Operasi: 1,405 km
Fungsi utama: Pesawat pejuang ringan
Engine: 2 x General Electric J85-GE-21B
9. Antonov AN-124 Ruslan
AN-124 Ruslan merupakan salah satu pesawat pengangkut / kargo terbesar di dunia. AN-124 mula menyertai pameran LIMA bermula LIMA 91. AN-124 digunakan untuk mengangkut pesawat / helikopter / barangan pameran yang di bawa oleh pihak Rusia pada pameran LIMA. AN-124 mula dipamerkan bermula dari LIMA 1991. Pada LIMA 93, 2 buah pesawat AN-124 Ruslan digunakan untuk membawa 5 buah pesawat pejuang MiG-29 Fulcrum dari pasukan aerobatik Strizhi (Swift). Pesawat AN-124 turut menyertai LIMA 95, 97, 99, 2001 & 2003.
Fakta ringkas AN-124:
Firma pembuat: Antonov
Fungsi utama: Pengangkut
Jarak operasi: 5,400 km
Berat muatan: 150,000 kg
Enjin: Ivchenko Progress D-18T Turbofan
Kelajuan maksimum: 865 km/h
10. Ilyushin IL-76 / IL-78 Kargo / Tanker
Pesawat Ilyushin IL-76 / 78 digunakan untuk mengangkut pesawat / pengisian minyak pesawat yang menyertai pameran LIMA. Il-76 mula menyertai pameran LIMA pada LIMA 91. Kemudian Il-76 menyertai setiap pameran LIMA untuk mengangkut pesawat / barangan yang dipamerkan pada pameran LIMA kecuali LIMA 2007 & LIMA 2009. Manakala pesawat pengisi minyak Il-78 Tanker menyertai LIMA 91, LIMA 93, LIMA 95, LIMA 97, LIMA 99, LIMA 2001 & LIMA 2003. Semasa LIMA 1999, pesawat Il-78 turut menyertai pameran udara bersama pesawat SU-27P (Test Pilot) & SU-30MK dalam demonstrasi pengisian minyak di udara.
11. Mi-17 (Kazan & Ulan Ude)
Sebuah helikopter Mi-17 dari Rusia turut dipamerkan pada LIMA 1991. Bermula dari LIMA 97, pasukan bomba & penyelamat menampilkan Mi-17 pada pameran LIMA tahun-tahun berikutnya.
12. Kamov Ka-25 Helix Naval Helicopter
Kamov Ka-25 Helix merupakan helikopter naval helikopter dan boleh juga dioperasikan untuk mengesan kapalselam untuk kegunaan tentera laut. Ka-25 Helix dipamerkan pada LIMA 1991.
13. Benson & Hedges Aerobatik
No comments:
Post a Comment