Saturday, 2 March 2013

LIMA 2013 - Edisi ke-12 Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi (26-30 March 2013))

LIMA 2013 akan berlangsung dari 26 March - 30 March 2013. Pameran LIMA 2013 dijangka lebih meriah dah lebih besar penyertaan dari pempamer utama sistem pertahanan dunia berbanding LIMA 2011. Berdasarkan persiapan di tapak pameran, LIMA 2013 dijangka lebih besar penyertaan dari syarikat-syarikat aeroangkasa dan maritim dunia.

Berdasarkan lama web rasmi LIMA 2013, pesawat-pesawat yang bakal dipamerkan juga lebih banyak dari LIMA 2011.

Antara pesawat-pesawat yang disenaraikan akan menyertai LIMA 2013 adalah Eurofighter Typhoon, Dassault Rafale, SAAB JAS-39C/D Gripen, Pasukan Aerobatik Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia menggunakan kapal terbang KT-1B, F/A-18F Super Hornet, C-17 Globemaster III & F-16C Block 50 dari Tentera Udara Amerika Syarikat Pangkalan Pasifik, pesawat F-16D Block 52 & helikopter penyerang Longbow Apache dari Tentera Udara Republik Singapura.

Pesawat AEW&C E-737A Wedgetail dari Tentera Udara Diraja Australia juga disenaraikan akan menyertai LIMA 2013.

Pihak TUDM pula akan mempamerkan pesawat pejuang pelbagai fungsi jarak jauh, Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N (Smokey Bandits), F/A-18D Hornet, Aermacchi MB-339CM, Hawk 108/208, helikopter Mi-7 dll.

Disamping itu, pihak Russia dijangka menampilkan pasukan aerobatik terkemuka dunia, Russian Knights & The Swift (Strizhi) pada pameran LIMA 2013. Russian Knights menampilkan 5 pesawat Sukhoi SU-27P & PU, manakala Strizhi pula menampilkan 5 pesawat MiG-29 Fulcrum. Berdasarkan jadual dalam laman web rasmi Russian Knights & Strizhi, LIMA 2013 merupakan destinasi 'tour' mereka untuk tahun 2013.
Kedua-dua pasukan aerobatik terkemuka dunia ini pernah menyertai pameran LIMA sebelum ini. Russian Knights pernah menyertai LIMA 91, LIMA 93 & LIMA 95, manakala Strizhi / Swift pernah muncul pada LIMA 93. 

No comments:

Post a Comment