Edisi ketujuh Pameran Antarabangsa Maritim & Aeroangkasa Langkawi (LIMA), LIMA 2003 berlangsung pada bulan Oktober tahun 2003. LIMA 2003 juga merupakan tahun terakhir Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Penyertaan dari pempamer bagi segmen maritim dan aeroangkasa lebih besar berbanding LIMA 2001. Jumlah pesawat yang dipamerkan juga bertambah sedikit berbanding LIMA 2001.
Red Arrows kembali semula pada LIMA 2003 dan menjadi tarikan utama pada LIMA 2003. Pasukan aerobatik terkemuka dari United Kingdom tersebut menggunakan 9 buah pesawat Hawk. Aksi-aksi memukau 9 buah pesawat Hawk Red Arrows menjadi tarikan utama pada LIMA 2003.
Pesawat pejuang pelbagai fungsi jarak jauh (MRCA) Sukhoi SU-30MK kembali semula menyertai LIMA 2003. Pesawat tersebut diterbangkan khas dari Rusia untuk LIMA 2003 setelah kerajaan Malaysia memperoleh 18 buah pesawat tersebut yang dinamakan sebagai SU-30MKM pada Ogos 2003. Pesawat SU-30MK yang digerakkan oleh 2 enjin jet turbofan dengan kuasa tujahan secara kawalan (TVC) mempamerkan aksi-aksi yang memukau seperti Cobra, Sommersault dll.
Satu lagi pesawat yang kembali semula memeriahkan LIMA 2003 adalah pesawat pejuang / penyerang Boeing F/A-18F Super Hornet dari US Navy. 2 buah pesawat Super Hornet diterbangkan untuk LIMA 2003. Pesawat yang muncul kali pertama pada LIMA 2001 tersebut mempamerkan aksi-aksi memukau dan diterbangkan oleh juruterbang penguji Boeing, Ricardo Travern.
Pesawat pejuang dari Amerika yang boleh dikatakan menjadi regular pada setiap pameran LIMA iaitu F-15 Eagle dan F-16C/D Falcon kembali semula memeriahkan pameran LIMA 2003. Seperti biasa pesawat F-15 Eagle terlibat dalam pameran statik manakala pesawat F-16C/D Falcon terlibat dalam pertunjukan udara dan pameran statik.
Selain daripada itu pesawat pejuang / pengebom F-111 Advaark dari Tentera Udara Diraja Australia turut menyertai LIMA 2003. Pesawat tersebut hanya terlibat dalam pameran statik. Manakala helikopter penyerang dari Afrika Selatan, Rooivalk turut kembali mempamerkan kehebatan di LIMA 03.
Pesawat pejuang MiG-29N Smokey Bandit @ Taufan Ganas kembali mewarnai pameran LIMA 03 dengan aksi-aksi yang hebat. Di samping itu, pesawat pejuang / penyerang F/A-18D Hornet turut mempamerkan kehebatan. 4 buah F/A-18D Hornet terlibat dalam pertunjukan aerobatik semasa LIMA 03.
Lain-lain pesawat yang menyertai LIMA 03 adalah pesawat maritim & pemadam kebakaran Beriev Be-200 dari Rusia, Antonov AN-124 Ruslan & Ilyushin IL-76 masing-masing dari Rusia.Manakala pesawat KC-130 Stratontanker terlibat mengiringi pesawat-pesawat F-15 Eagle & F-16C/D Falcon ke LIMA 03.
No comments:
Post a Comment