LIMA 2007 adalah edisi kesembilan siri Pameran Maritim & Udara Antarabangsa Langkawi. LIMA 2007 lebih meriah dengan penyertaan yang lebih besar dari pempamer dan jumlah pesawat dan kapal yang dipamerkan juga lebih besar berbanding LIMA 2005.
Pesawat Sukhoi SU-30MKM yang diperoleh dari firma Irkutsk, Rusia pada tahun 2003 juga baru diterima oleh pihak TUDM pada pertengahantahun 2007. Satu majlis penyerahan secara rasmi pesawat pejuang pelbagai fungsi jarak jauh SU-30MKM juga diadakan semasa LIMA 2007. Buat pertama kalinya juga pesawat Sukhoi SU-30MKM mempamerkan kehebatannya semasa pertunjukan udara pada LIMA 2007. 2 buah pesawat SU-30MKM diterbangkan dari pengkalan udara Gong Kedak untuk menyertai LIMA 2007. Semasa pertunjukan udara pada LIMA 2007, juruterbang TUDM sendiri melakukan aksi-aksi yang mendebarkan pesawat SU-30MKM semasa pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007.
Pasukan aerobatik terkemuka dunia dari United Kingdom, Red Arrows kembali semula untuk memeriahkan LIMA 2007. Sembilan buah pesawat Hawk Red Arrows melakukan pertunjukan aerobatik dengan aksi-aksi yang mendebarkan seperti Mountain Split dll.
Pasukan aerobatik dari Tentera Udara India, Surya Kiran turut membuat penampilan sulung di LIMA 2007. 9 buah pesawat latihan HJT 36 terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007.
Firma dari EADS iaitu Eurocopter turut membawa helikopter penyerang Tiger HAD dari Tentera Udara Australia. Helikopter Tiger HAD yang dikendalikan oleh 'Test Pilot' Eurocopter terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007. Helikopter yang membuat penampilan buat pertama kali ini juga adalah dalam kelas yang sama dengan Helikopter penyerang jenis Apache, Rooivalk dll.
Helikopter pengangkut pelbagai fungsi Eurocopter EC-725 Cougar turut diterbangkan ke LIMA 2007. Pesawat yang dalam penilaian TUDM itu tampil buat pertama kali di LIMA 2007. EC-725 Cougar terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007.
Pesawat penyerang / pengebom F-111 Advaark dari RAAF turut kembali pada LIMA 2007. F-111 buat pertama kali terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007. F-111 yang sebelum ini hanya terlibat dalam pameran statik pada pameran LIMA sebelumnya. F-111 Advaark terkenal dengan aksi 'Dump & Burn' di mana pesawat tersebut akan melepaskan minyak sambil di sambar api dari engine jet tersebut. Sebuah pesawat yang terlibat dalam pameran statik ditempatkan di tapak pameran LIMA, manakala pesawat yang terlibat dalam pertunjukan udara diterbangkan dari pangkalan TUDM Butterworth.
Pasukan aerobatik TUDM yang dikenali sebagai Smokey Bandits terus memeriahkan pameran LIMA 2007. Lima pesawat MiG-29N dari Smokey Bandits terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA 2007. Lain-lain pesawat yang dipamerkan termasuk F/A-18D Hornet, Hawk 108 / 208, F-5E, Pilatus PC-7, Mi-17 & Mi-171 Pasukan Bomba & Penyelamat, Super Lynx dll.
No comments:
Post a Comment