LIMA 1999 mencatatkan penyertaan dari pempamer dan pengunjung yang lebih besar berbanding siri LIMA sebelumnya. Begitu juga jumlah pesawat dan kapal perang yang dipamerkan yang bertambah dengan banyak berbanding dengan LIMA sebelumnya.
Pihak Rusia mempamerkan pesawat terbanyak dalam siri pameran LIMA pada LIMA 1999. Sukhoi mempamerkan pesawat pejuang terbaru mereka, Sukhoi SU-30KI buat pertama kalinya di luar Rusia. Pesawat pejuang terkini dalam siri pesawat SU-30 itu dipromosikan kepada kerajaan Malaysia pada ketika itu. India telah memesan pesawat dari jenis yang sama pada ketika itu. SU-30KI turut mempamerkan kehebatannya di LIMA 99 menerusi siri pertunjukan udara sepanjang LIMA 99 dengan aksi-aksi yang memukau.
Pasukan aerobatik Test Pilot Team dari Gromov Flight Research Institute turut menyertai pertunjukan udara sepanjang LIMA 99. Pasukan yang kebiasaannya diwakili dua pesawat SU-27P berwarna biru dan putih ketika melakukan aksi-aksi aerobatik itu telah menghantar sebuah pesawat SU-27P sahaja. Pesawat SU-27 dari Test Pilot Team dikendalikan oleh Anatoly Kvochur. Anatoly Kvochur merupakan test pilot yang terkemuka dari Rusia. Pesawat yang bernombor 598 itu melakukan pertunjukan solo dan bersama satu lagi pesawat SU-30MK yang turut dipamerkan sepanjang LIMA 99.
Pesawat SU-27 Test Pilot Team bersama pesawat SU-30MK turut melakukan aksi pengisian minyak di udara bersama pesawat tangki Ilyushin IL-78 dan aksi aerobatik bersama.
Sebuah lagi pesawat dari Rusia, pesawat serangan darat SU-25 Frogfoot turut dipamerkan pada LIMA 1999. Pesawat yang dikatakan dibina untuk menyaingi pesawat serangan darat / anti-kereta kebal A-10Thunderbolt itu turut mempamerkan kehebatan semasa pertunjukan udara sepanjang LIMA 99.
Helikopter pengangkut Mi-8 dari Kazan dan Mi-171 turut dipamerkan pada LIMA 99. Mi-8 turut terlibat dalam pertunjukan udara pada LIMA 99. Sebuah lagi pesawat dari Rusia, Beriev Be-200 yang merupakan pesawat amfibian turut dipamerkan pada LIMA 99.
Pasukan aerobatic terkemuka dunia, Red Arrows turut kembali memeriahkan LIMA 99. 9 buah pesawat Hawk menyerikan LIMA 99 dengan aksi-aksi mendebarkan. Pasukan aerobatik Roullette dari Australia yang menggunakan PC-9 turut kembali memeriahkan LIMA 99.
TUDM pula menampilkan aksi-aksi aerobatik menggunakan pesawat MiG-29N dan F/A-18D Hornet. 4 buah pesawat F/A-18D Hornet tampil melakukan aksi-aksi aeobatik termasuk pengisian minyak di udara menggunakan pesawat C-130 Hercules yang telah diubahsuai menjadi pesawat tangki. Pasukan Taufan Ganas yang menggunakan pesawat MiG-29N turut kembali menghangatkan LIMA 99.
Pesawat pejuang F-15E Strike Eagle dan F-16C/D Falcon dari Tentera Udara Amerika Syarikat pangkalan Asia Pasific, Guam turut kembali menyertai LIMA 99. Pesawat F-16C/D Block 50 terlibat dalam pertunjukan udara manakala F-15E Strike Eagle terlibat dalam pameran statik.Pesawat-pesawat tersebut diringi oleh pesawat tangki KC-135 Stratotanker dari pangkalan udara Pasifik, Guam.
Pesawat pengangkut tentera saiz sederhana, C-27 Spartan dari firma Alenia, Itali, turut membuat penampilan pertama pada LIMA 99..
Pesawat kargo Antonov AN-124 Ruslan dan Ilyushin IL-76 turut terlibat pada LIMA 99.
Secara keseluruhannya LIMA 99 merupakan siri pameran LIMA yang paling menarik dan berjaya.
Senarai Pesawat yang menyertai LIMA 99:
1. Test Pilot Team - SU-27P Flanker (598)
2. SU-30MK
3. IL-78 Tanker
4. SU-30KI
5. SU-25 Frogfoot
6. Red Arrows
7. PC-9 Team Roullette (RAAF)
8. CSH-Rooivalk (Denel South Africa)
9. Mil Mi-8 Hip (kazan Helicopter Plant)
10. Mil Mi-171 (Kazan Helicopter Plant)
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/UYnplozb3WU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
No comments:
Post a Comment